Nampak tak Doodle yang kat atas tu? Comel? Nak buat jugak? Doodle diatas adalah menggunakan Photoscape. Ada software Photoscape tak? Eleh. Bohong beno. Tak ada jugak? Kfine, pergi cari dekat Google. Cehwah, saya bukannya kejam sangat pon. >tekansiniuntukdownloadphotoscape< Dah download ke belum? Jangan risau. Photoscape download hanya dalam beberapa saat sahaja. Kalau yang lama tu Phototshop, memang berejam :D Pastikan ada baca semua langkah-langkah
Sebelum panjang lagi saya buat ceramah. Jom kita mulakan :
Mula-mula ada perlukan New Photo. So, sila pergi ke hujung yang ada tulis MENU tu. And then tekan New Photo. Korang setkan kepada Width: 500 dan Height: 500 dan yang colour tu pastikan warna putih. Kalau taknak buat cara seperti yang diatas. Anda boleh menggunakan Photoshop or GIMP untuk buat dia punya New Canvas. Terpulang kepada anda nak buat Transparent or not. Tapi kalau tak nak buat Transparent better awak gunakan sahaja cara di atas.
Nampak tak ada nombor tu? Kalau tak nampak sila pakai Kanta Pembesar dan Zoom :)
1. Tekan yang simbol bulat tu.
2. Pastikan Thickness hanya 2. Jangan lebih ye anak-anak. Kalau kurang tak apa. Jangan sampai ZERO pulak :D
3. Yang itu anda pilih warna yang anda suka. Tak kisah. Janji warna gelap dan jangan warna SS /SyokSendiri\ XD
4. Selepas anda pastikan segala Thickness and Colour ok. Sila buat bulat ataupun lonjong ataupun ikut kesesuaian dan keselesaan anda sendiri diatas New Photo ataupun macam saya atas kotak putih :)
1. Anda tekan kat gambar yang anda buat bulat tadi. Nanti akan ada keluar simbol + dan X. Sila tekan simbol + tersebut. Nanti ada keluar klon betuk tersebut. Dah macam Matematiklah pulok :D
1. Layer 1 tu adalah bentuk bulat yang anda buat tadi.
2.Layer 2 tu pulok adalah bentuk bulat klon setelah anda tekan + tadi.
3. So, anda nampak kan LINE PINK? Tapi anda jangan pulak buat warna PINK. Itu hanya untuk menerangkan. Anda gunakan sahaja Klon yang disediakan. Anda tarik Layer 2 ke bawah dan pastikan Layer 2 tu sama dengan Layer 1. Seperti di dalam gambar. yang bulat kecik tu. Harap anda faham :)
Selepas langkah yang diatas. Anda akan mendapat hasil seperti diatas. Ada paham? Kan sama Layer 2 dan Layer 1 tu jadiknya.
1. Itu adalah untuk mata. Anda hanya gunakan bentuk Circle dan tandakan right pada Fill. Pastikan warna Hitam. Dan lagi sekali untuk warna Putih.
2. Untuk Mulut pulak. Saya hanya menggunakan betuk D. Font yang saya guna adalah Verdana. Kalau anda nak gunakan Font yang lain pun boleh, pun boleh.
1. Untuk blushing. Anda boleh ikut kreativiti sendiri. Nak letak boleh. Tak nak letak pun boleh. Macam saya, untuk blushing saya menggunakan huruf l daripada Font Udamojial. Kalau anda tak nak. Anda boleh menggunakan bentuk yang disediakan seperti bulat.
Dan ini adalah untuk tudung ataupun Shawl Doodle. Anda boleh menggunakan bulat ataupun bentuk yang disediakan. Pastikan Thickness dan Colour sama seperti yang sebelumnya.
Itulah hasil Doodle anda. Tutorial ini hanya untuk muka dan tudung. Saya tak dapat nak buat semuanya sekali dalam 1 Entry. Busy weyh, busy /sayatakbohong\. Nanti di Part 2, saya akan ajar cara untuk mewarnakan muka dan tudung. Dan untuk buat badan,tangan dan kaki. Kalau anda tidak sabar untuk menunggu. Saya sarankan untuk anda mewarnakannya di dalam Paint atau GIMP atau Photoshop atau Photoscape menggunakan kreativiti sendiri. Saya harap anda semua bersabar untuk mendapatkan hasil yang bagus :D.
Mungkin esok saya buat tutorial tersebut, mungkin jugak tidak. Tapi yang pastinya kalau esok saya tak busy. Insya-Allah saya buatkan untuk anda semua. Hehe. Saya harap tutorial Part 1 ini amat berguna untuk anda semua. Nantikan Part 2. Melawatlah BlogSecondSaya. Kongsilah Doodle korang tu dengan saya :) Tutorial: Buat Doodle guna Photoscape Part 2
Yang Mengajar,
Aisyah Hazwani