Thursday, March 23, 2017

HIGH SCHOOL CHECKED! Part 1

Assalamualaikum! Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia!

Ok. Nampak tak betapa awkward-nya aku punya greeting sekarang? Selepas 5 tahun aku tinggalkan dunia blog, rasa kekok sangat bila nak duduk depan laptop bagi mencari idea untuk dikembangkan dan dikupaskan agar menjadi suatu topik yang menarik. Tapi akan ku cuba sedaya upaya!

Hari ini, bersaksikan tarikh 23/3/2017 tepat pukul 1:15 pagi, aku cuba juga untuk tebalkan hati supaya menaip semula seperti dulu kala. 5 tahun dah berlalu, jari jemari terasa kekok nak menari-nari di atas papan kekunci. Rasa janggal tu mungkin akan menyebabkan aku tulis entri ini sampai pertengahan jalan je sebab tak mampu nak meneruskan apa yang cuba disampaikan. Tapi kalau post ni berjaya di-publish instead of save to draft, I really need to congratulate myself for that!


Seperti yang dicanangkan dekat tajuk post, ya aku dah habis zaman persekolahan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. After 5 years aku duduk dekat satu sekolah menengah yang sama, aku berjaya mengekalkan sikap yang baik dan dapat kelakuan cemerlang dalam Sjil Berhenti Sekolah. Aku rasa bangga sebab kelakuan aku dikelaskan sebagai cemerlang. Pada orang lain mungkin rasa benda tu simple, as in "Semua orang pun boleh dapat kelakuan cemerlang." "Ala dapat kelakuan cemerlang pun nak gempak." But not for me. Aku bukan yang jenis fully committed to school.

Rekod kehadiran Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4 rasanya tak bagus mana pun, aku berjaya kekalkan supaya aku tak dapat surat amaran je. So, aku akan buat countdown sendiri bila masa yang sesuai untuk aku cuti. Aku rasa sangat bahagia kalau aku sakit, maka pada keesokan harinya aku tak perlu pergi sekolah. Well, bila dapat MC daripada doktor, kehadiran dikira sebagai sakit instead of ponteng then cuti aku tu takkan dikira. Hehe.

Tapi Alhamdulillah naik Tingkatan 5, aku cuba untuk kawal nafsu pemalas aku yang jenis tak boleh bawak berbincang ni. But unfortunately till the end of high school, aku masih lagi jenis pelajar yang bila balik rumah terus makan, tidur dan internet all the time. Aku bukan nak buka aib sendiri atau apa, but I'm trying to tell how I'm not that kind of student yang jenis belajar.

To tell the truth, aku boleh kira guna jari berapa kali aku buka buku kat rumah then buat homework yang cikgu beri untuk siapkan sepanjang zaman persekolahan. Jangan risau, aku jaranglah kena marah sebab homework tak siap sebab bila datang sekolah aku akan cari inisiatif untuk aku siapkan semua sekali. Time management tu penting okay! (Noted the sarcasm). Kalau macam aku, aku selalu siapkan waktu pagi atau skip recess. Skip recess ni jarang sekali kecuali aku ada member nak teman atau kerja terlampau banyak untuk disiapkan. Sepanjang aku bersekolah, aku sumpah tertanya-tanya macam mana kawan aku yang jenis datang sekolah semua homework dia siap. LOL! Siapa boleh related bab ni?!

Homework is probably one of the reasons why I don't like high school! Ohya, tolong jangan cakap yang aku akan rindukan zaman persekolahan, tolonglah jangan! Sebab aku masih lagi bahagia mengenangkan aku dah habis sekolah dan tak lama lagi aku akan jadi hakak-hakak universiti uolsss, HAHA! Nampak tak kegembiraan tu?


Zaman persekolahan yang awesome bila kau ada member kepala sejenis, boleh masuk air sama-sama! Alhamdulillah aku dikurniakan member rapat yang baik, walaupun bila perangai syaiton diorang sampai. Ha tu memang tak boleh bawak berbincang dah.

Ada ramai kawan rapat ni best sangat, kita boleh self-learning bila tengok pesonality kawan kita macam mana. Belajar untuk adapt dengan environment yang kadang bukan jiwa kita. Belajar untuk ubah kekurangan kita melalui kawan pun boleh jugak. Kawan ni sebenarnya lebih banyak memainkan peranan sepanjang zaman persekolahan, because most of the times kita dengan kawan-kawan instead of family. Kadang bila aku nampak orang yang jenis kawan rapat dia ada satu je, aku rasa macam nak tepuk bahu diorang. Aku nak cakap betapa ruginya tak amik peluang untuk kenal dunia luar dengan lebih luas. Apa sebab aku cakap macamni? Sebab melalui kawan sekeliling kita, kita boleh belajar different types of people. Walaupun tak banyak, sikit pun boleh. Why not right? :)

Aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri, dulu aku jenis yang tak boleh ada kawan rapat lebih daripada sorang! Bila teringat balik, rasa kelakar jugaklah hehe. Ini betul-betul, bukan memain tau. Aku ambik masa jugaklah untuk terima bahawa kawan rapat boleh lebih daripada sorang, naif kan? :') Tolonglah jangan jadi manusia yang jenis dah jumpa yang better dan bagus, kau terus tinggalkan yang lama macam tu je. Please learn to appreciate. Embrace their flaws. Nobody is perfect. Sampai satu tahap, kau baru nak sedar betapa ruginya kau tinggalkan yang lama untuk yang baru. Masa tu penyesalan air mata darah pun dah tak berguna.

Ohya quote yang kata "When my circle got smaller, my vision got clearer" tu apply untuk orang yang ada member jenis tahi je. Tapi ingatlah supaya sentiasa choose wisely. Janganlah main sebat je semua orang pun kau nak jadikan kawan rapat. Macam aku kata tadi, surrounding aku dikelilingi orang yang baik baik je. So that's why lah aku ada ramai kawan. But some of us, lebih selesa bergerak sendirian dan tak memerlukan kawan. So tolong jangan kecam cakap dia alone pulak. Bukan semua sama pendapat dengan diri kita, ingat tu.

Rasanya sampai sini dulu, next time aku sambung lagi part 2 yang aku rasa nak kongsikan pasal aku salah pilih aliran (which I regret the most), hardships yang aku lalui sepanjang tingkatan 5 dan terasa nak kongsikan tips untuk pass Add Math dengan cara paling pemalas. Dah pukul 3:45 pagi, mata tak boleh buka dah ni. Btw, tak sabar nak mula ber-blogwalking semula hehe.

Assalamualaikum :)

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan

♥Lovely from Hearts♥
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah . Aku dapat menyambut ramadhan yang dipenuhi dengan berkah dan senyuman . SubhanAllah . Sudah genap 13 tahun aku menyambut Ramadhan pada setiap tahun . Banyak perkara yang dah berlaku sepanjang aku menyambut Ramadhan . Aku sentiase berharap di setiap Ramadhan yg aku sambut akan lebih baik daripada bulan - bulan sebelumnya .

Aku lambat wish . Sebab line internet lembab .Ya Allah , banyak yang aku azam untuk bulan ni . Harap - harap semua dapat dilakukan dengan niat Kerana ALLAH TA'ALA . Entry ringkas sahaja :)


Friday, June 8, 2012

First Chibi.

♥Lovely from Hearts♥

First Try :D Belajar ikut Youtube ;)
Ok ke?

Saturday, March 10, 2012

.FreebiesDoodle4.

Lovely from Hearts

Assalamualaikum. Hari tu dah janji kan nak bagi Freebies Doodle tu. Sekarang saya tengah free tambah line Broadband tengah laju gegila so terasa nak bagi freebies yg dijanjikan hari tu. -..-
Kelabu+Hijau
Kelabu+Biru
Kelabu+Kuning
Kelabu+Turquoise
Kelabu+Purple
Kelabu+Pink
Kelabu+Oren
Kelabu+Hitam

Tekan Doodle dan save as.
Peringatan Semua: Doodle tu belum transparent lagi :D

Thursday, March 1, 2012

.BulanMarch.

♥Lovely from Hearts♥
Assalamualaikum! Hai blogger sekalian.
Lama gila wok saya menghilang. Saya study pagi petang siang malam tanpa henti.
Minggu lepas dan minggu ni saya ada PKSM 1. Sebab tulah saya menghilangkan diri sebentar.
Setakat ni baru dapat 2 subjek, malas lew nak cite. Kalau dah dpt semua nnti saya citew ye.
Saya harap bulan March akan lebih baik daripada bulan yang sebelum-sebelum ni.

Bulan February ari tu saya ada post 4 entry jek. OHMAIGOAT, tak sangka begitu banyak sedikit.
Jangan nak kambing sangatlah kan. Saya teramatlah busy dengan sekolah, sukan, dan mcm-mcm lagi lew. /Alasan lapuk.
Tapi saya tetap jugak buka laptop untuk lukis doodle. Sehari tak melukis memang tak sempurna lah hari dan hidupku.

Kepada follower yang follow blog doodle ni. Terima Kasih.
Nak bagi Freebies dan Award lah kalau ada masa. Janji :D

Doakan saya dapat keputusan cemerlang

Sunday, February 19, 2012

.TekoAjaib.

Lovely from Hearts

Andailah aku punya sebuah Teko Ajaib seperti Aladdin.
Aku mahu buat permintaan sebanyak mungkin.
Zam zam ala kazam jom makan asam ;D
 Andai korang punya Teko Ajaib. 
Apa yang korang minta?
Idea datang lepas tgk Aladdin /hehe
Aisyah Hazwani